Monday, February 9, 2009

AKTIVITI 1 : LARIAN SIHAT

Dalam penganjuran Kempen Kesedaran Kesihatan pada kali ini, buat julung-julung kali diadakan aktiviti LARIAN SIHAT. Larian Sihat ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan menyemai budaya bersenam dan beriadah sebagai salah satu langkah mengekalkan kesihatan dalam masyarakat pada hari ini.

Aturcara program adalah seperti berikut :
7.00 pagi : - Pendaftaran
- Senam Robik
7.30 pagi : Taklimat
8.30 pagi : Pelepasan peserta
10.00 pagi : Penyampaian Hadiah

Kategori-kategori yang dipertandingkan :
  • Dewasa ( > 15 tahun )
- Lelaki
- Perempuan
  • Kanak-kanak ( 10 - 15 tahun )
- Lelaki
- Perempuan
* kanak dibawah 10 tahun dibenarkan dengan diiringi oleh ibu atau bapa

HADIAH MENARIK menanti anda..
Berminat!!..jika berminat sila hubungi :


Kempen Kesedaran Kesihatan ' Jom Sihat ' 2009

Kempen Kesedaran Kesihatan 'Jom Sihat ' 2009 merupakan salah satu aktiviti kolej yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pelajar Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya, serta kerjasama daripada komuniti Blok E, PPR Kerinchi.

Program ini akan merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan penekanan terhadap aspek kesihatan melalui penganjuran ceramah, pemeriksaan dan pameran kesihatan dan sebagainya.

Objektif Program :
  • Mewujudkan interaksi diantara mahasiswa Uversiti Malaya dengan masyarakat luar.
  • Membberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan.
  • Memberi pendedahan, pengalaman, kemahiran kepada mahasiswa dalam berkomunikasi dengan masyarakat.
  • Menyemai rasa kesedaran terhadap peranan mahasiswa untuk sama-sama membantu insan yang berada dalam kesusahan tanpa mengira batasan kaum, agama, dan negara.
  • Mewujudkan kerjasam antara mahasiswa Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang tinggal di Kolej Kediaman Ibnu Sina.
Penganjur :
  • JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan serta penghuni Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya.
  • Komuniti Blok E, PPR Kerinchi, Lembah Pantai. Kuala Lumpur